Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

06 April, 2009

Arni pilih bekas rakan sekolah sebagai suami

KUALA TERENGGANU: Bekas pelakon dan penyanyi berstatus ibu tunggal, Arni Nazira Anuar, 31, akan melangsungkan perkahwinan keduanya dengan seorang ahli perniagaan di negeri ini, Jumaat depan.

Arni Nazira yang juga bekas isteri penyanyi kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, memilih bekas rakan sekolahnya, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, 32, sebagai teman hidup.

Majlis akad nikah pasangan itu akan diadakan di Masjid Negeri, manakala majlis perkahwinan pihak lelaki akan diadakan di kediaman Wan Mohd Hazrie di Jalan Kamaruddin, di sini, pada Sabtu, sehari selepas akad nikah.

Majlis persandingan Arni akan diadakan di Anjung Pantai, Kampung Seberang Takir pada Ahad.

Arni berkata, bekas suaminya Awie serta isteri, Rozana Misbun turut diundang untuk menghadiri majlis perkahwinannya, tetapi tidak pasti sama ada pasangan berkenaan akan datang atau tidak.

"Walaupun sudah berpisah, hubungan Arni dengan Awie tetap baik apatah lagi dua anak hasil perkahwinan kami iaitu Puteri Aleeya Antasha 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7, kini di bawah jagaan Awie.

"Kami sering berhubung antara satu sama lain dan Awie juga sering bertanya khabar mengenai Arni, malah dia juga mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang akan dibina," katanya.

Arni yang dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 12 Julai 1978 dan pernah popular dengan lagu Cinta Antara Benua bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status bakal suaminya.

"Apa yang Arni dapat katakan, bakal suami adalah bekas rakan sekolah dan sentiasa memberi dorongan semangat ketika tercetusnya kontroversi mengenai perbicaraan kes penjagaan anak.

"Perkahwinan Arni juga direstui Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha," katanya.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090401003718/Article/index_html

1 ulasan:

zainal abidin berkata...

di mulai dengan doa selamat... semoga selamat hingga ke akhir hayat... untuk kedua pasangan ini. Kepada suami baru kepada artis (arni) niat murni anda amat besar pahalanye bagi anda insyaaallah....

Kami doakan kebahgiaan untuk anda berdua.

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?