Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

09 November, 2008

Keputusan Anugerah Skrin 2008 Terbitan TV3

Anugerah Skrin 2008 sudah pun berlalu.Saya ucapkan tanhinah kepada semua pemenang dan tidak dilupa kepada yang kalah.Moga tahun depan mereka akan lebih gigih menghasilkan filem,rancangan dan drama yang berkualiti.

Keputusan penuh anugerah skrin 2008 terbitan TV3 :
Rancangan Bual Bicara Terbaik - Macam-macam Aznil

Lakon Layar Terbaik - Mira Mustafa & Ara (Filem Sepi)
Lakon Tv Terbaik - Wasiat Fitrah
Drama Komedi Terbaik - Mr. Mama
Rancangan Realiti Terbaik - So You Think You Can Dance
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Normah Damanhuri (Tuhan Pun Tahu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem -Nasha Aziz (Sepi)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zaefrul (1957 Hati Malaya)
Rancangan Hiburan Terbaik - Project Superstar S2
Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik - Majalah 3 (Seniman)
Rancangan Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Orang Asli Terancang)
Rancangan Muzik Terbaik - Anugerah Juara Lagu 2008
Drama Rantaian Terbaik - Bicara Aur Dengan Tebing
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Zamarul Hisham (Ihsan)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Baizura Kahar (Sepi)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)
Anugerah Khas Juri - Yasmin Ahmad
Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Suara Saleha)
Filem Terbaik - Kala Malam Bulan Mengambang
Drama Terbaik - Suara Saleha

Bunga Sah milik Ashraf Sinclair

KUALA LUMPUR: Pelakon, model dan pengacara TV, Ashraf Sinclair, 29, selamat bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari, 25, dengan hanya sekali lafaz di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta, semalam. Upacara pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 4 petang waktu Indonesia itu dihadiri keluarga kedua-dua pihak, termasuk 50 orang dari rombongan lelaki. Pengantin perempuan ayu dengan busana rekaan Anna Avantie, manakala pakaian Ashraf pula dari Brutus, di samping hantaran 25 dulang dan mas kahwin berupa sepasang anting-anting 1.5 karat. Majlis persandingan mereka akan berlangsung di Hotel Sultan, Jakarta, hari ini. Ashraf yang terkenal menerusi filem Gol & Gincu serta SH3, mula berkenalan lalu jatuh cinta dengan Bunga Citra kira-kira setahun lalu ketika beliau menjadi pengacara untuk program Beat TV dan menemubual penyanyi itu. Bunga Citra yang popular dengan lagu Ingkar, juga seorang pelakon yang pernah membintangi filem Cinta Pertama dan telefilem Indonesia seperti Mukjizat Allah dan ABG. Majlis persandingan bagi pihak keluarga Ashraf akan dibuat selama dua hari, iaitu 14 November dan 15 November depan, di The Saujana Kuala Lumpur dengan konsep Inggeris dan juga di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, berkonsepkan `pulang ke kampung'. Selepas itu, Ashraf akan menetap di Jakarta untuk sementara waktu kerana terikat dengan kontrak berlakon drama dengan stesen TV di negara itu. Ashraf turut berlakon dalam filem terbitan Indonesia seperti Pocong dan Saus Kacang.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081108233209/Article/index_html

04 November, 2008

03 November, 2008

Mawi dan Ikin




01 November, 2008

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?