Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

09 November, 2008

Bunga Sah milik Ashraf Sinclair

KUALA LUMPUR: Pelakon, model dan pengacara TV, Ashraf Sinclair, 29, selamat bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari, 25, dengan hanya sekali lafaz di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta, semalam. Upacara pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 4 petang waktu Indonesia itu dihadiri keluarga kedua-dua pihak, termasuk 50 orang dari rombongan lelaki. Pengantin perempuan ayu dengan busana rekaan Anna Avantie, manakala pakaian Ashraf pula dari Brutus, di samping hantaran 25 dulang dan mas kahwin berupa sepasang anting-anting 1.5 karat. Majlis persandingan mereka akan berlangsung di Hotel Sultan, Jakarta, hari ini. Ashraf yang terkenal menerusi filem Gol & Gincu serta SH3, mula berkenalan lalu jatuh cinta dengan Bunga Citra kira-kira setahun lalu ketika beliau menjadi pengacara untuk program Beat TV dan menemubual penyanyi itu. Bunga Citra yang popular dengan lagu Ingkar, juga seorang pelakon yang pernah membintangi filem Cinta Pertama dan telefilem Indonesia seperti Mukjizat Allah dan ABG. Majlis persandingan bagi pihak keluarga Ashraf akan dibuat selama dua hari, iaitu 14 November dan 15 November depan, di The Saujana Kuala Lumpur dengan konsep Inggeris dan juga di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, berkonsepkan `pulang ke kampung'. Selepas itu, Ashraf akan menetap di Jakarta untuk sementara waktu kerana terikat dengan kontrak berlakon drama dengan stesen TV di negara itu. Ashraf turut berlakon dalam filem terbitan Indonesia seperti Pocong dan Saus Kacang.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081108233209/Article/index_html

Tiada ulasan:

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?