Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

24 Julai, 2008

Apa Khabar Saudara M.nasir?

Sudah Lama kita tidak mendengar Khabar berita dari Komposer, Pelakon, Penyanyi, dan pengarah tersohor iaitu saudara M.nasir. Mungkin Selepas kegagalan untuk menamatkan Penggambaran Filen Aduh Saleha beliau memilih untuk menyepi seribu bahasa. Saya mengambil inisiatif ini untuk kita sama-sama mengenali Saudara M.Nasir dengan lebih mendalam lagi. Lihat sedikit maklumat beliau dibawah....

Mohamad Nasir bin Mohamad (Lahir 4 Julai 1957) atau lebih dikenali sebagai M. Nasir merupakan seorang penyanyi, dan penggubah, pelakon yang menetap di Malaysia. M. Nasir dilahirkan di Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia. Beliau merupakan pengasas Kumpulan Kembara pada tahun 80an. M.Nasir juga merupakan pemilik Luncai Emas Sdn Bhd & Pengetua Akademi Fantasia 3. Selaku komposer Malaysia yang terunggul, beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider & terbaru Mawi. Antara lagu-lagu ciptaanya yang terus menyengat di sanubari peminat-peminat muzik tanah air adalah,
  * HATI EMAS (KEMBARA)
* HINGGA AKHIR NANTI (ALLEYCATS)
* SEKUNTUM MAWAR MERAH (ALLEYCATS)
* MUSTIKA (M.NASIR)
* MENTERA SEMERAH PADI (M.NASIR)
* FANTASIA BULAN MADU (SEARCH)
* ISTANA MENANTI (RAHIM MAAROF)
* KERJA GILA (AMY SEARCH)
* SEJATI (WINGS)
* UKIRAN JIWA (AWIE)
* MAHLIGAI SYAHDU (HATTAN)
* SENJA NAN MERAH (AWIE & ZIANA)
* MENANTI (ELLA)
* Dari Kekasih Untuk Kekasih (Hattan)
* Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah)
* GHAZAL UNTUK RABIAH (M.NASIR & JAMAL ABDILLAH)
* TAKDIR PENENTU SEGALA (JAMAL ABDILLAH)
* SANDARKAN PADA KENANGAN (JAMAL ABDILLAH & SITI SARAH)
* TIARA (KRIS)
* AKU DAH BOSAN (AMY)
* NURNILAM SARI (AWIE & SEARCH)
* CINTA SAKTI (DEF GAB C)
* ANDALUSIA (M.NASIR)
* PHOENIX BANGKIT DARI ABU (M.NASIR)
* CINTA DEWA DEWI (SPIDER)
* ADUH SALIHA (MAWI)
* JUWITA CITRA TERINDAH (M.NASIR)

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

11 Julai, 2008

Kes Cerai 2: Isteri baca SMS dihantar GRO kepada Beego

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, diberitahu perhubungan pelakon Beego dengan isterinya, Intan Shahira Mohd Shahru beberapa kali renggang sebelum perkahwinan mereka.

Sepupu Intan, Noor Elmy Mohsin, berkata ini berikutan Intan mendapat tahu Beego (ketika itu kekasih) pernah menjalin hubungan dengan seorang pelayan pelanggan (GRO).

"Kejadian itu berlaku selepas Intan terbaca SMS yang dihantar wanita itu ke telefon bimbit Beego.

"Saya dapat tahu, kerana kami (Noor Elmy dan Intan) rapat dan semua perkara berlaku terhadapnya akan diceritakan kepada saya termasuk hubungannya dengan Beego sejak mereka berkenalan sembilan tahun lalu.

"Saya dapat tahu mengenai perhubungan Beego dan GRO selepas Intan ceritakan kepada saya.

"Saya juga merasakan Beego dan Intan tidak sesuai untuk hidup bersama. Bukan saja sikapnya tidak bertanggungjawab tetapi perangai kebudak-budakan Beego membuatkan mereka berdua sentiasa dilanda masalah.

"Beego juga sering memperbesarkan perkara remeh sehingga menyebabkan pertengkaran," katanya selaku saksi kedua perbicaraan tuntutan fasakh yang difailkan Intan 28 April lalu.

Noor Elmy juga bersetuju dengan cadangan peguam Beego, Md Noor Md Din bahawa tinggal serumah sebelum berkahwin adalah perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Tetapi, ketika disoal semula oleh peguam syarie Intan, Marlina Amir Hamzah mengenai hal sama, beliau menyifatkan perbuatan itu tidak seperti yang difikirkan kerana selain Beego dan Intan, ibu bapa Intan turut tinggal bersama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Marlina dalam kes tuntutan fasakh Intan, 27, terhadap Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28.

Perbicaraan bersambung 14 Julai ini. www.bharian.com.my

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

Kes Cerai 1: Nora Danish Pasrah

Nora Danish bercerai tak sampai dua tahun berkahwin

SELEPAS pelbagai spekulasi dibuat mengenai krisis rumah tangga Nora Danish, akhirnya kes permohonan cerai pelakon dan model itu dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli, 32, didengar di Mahkamah Syariah, semalam.

Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail, menetapkan 12 Ogos ini bagi keputusan permohonan lafaz cerai terhadap Nora yang dikemukakan suaminya. Wartawan Berita Harian, Zaidi Mohamed, mendapatkan ulasan ringkas pelakon itu.

Apa yang boleh Nora katakan mengenai perceraian ini.

Memang sudah tiada jodoh antara kami, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan saja menentukan segala-galanya. Saya sudah cuba yang terbaik mempertahankan ikatan perkahwinan kami yang tidak sampai dua tahun pun, tapi ini kesudahan yang saya terpaksa terima.

Perceraian memang berat untuk saya hadapi terutama dalam keadaan mengandung.

Bagaimana hubungan dengan keluarga mentua.

Hubungan kami masih elok. Saya kena pertahankan hubungan antara keluarga mentua dan suami kerana anak yang saya kandung ini.

Saya juga bersyukur kerana keluarga saya dan keluarga suami masih banyak memberi sokongan untuk saya melalui semua ini. Walau apa terjadi, saya kena kuatkan semangat demi menjaga kandungan saya.

Adakah Nora tertekan dengan spekulasi pergolakan rumah tangga selama ini.

Pada mulanya memang terasa, tetapi kini saya sudah tidak lagi tertekan sebaliknya berasa bosan dengan gosip sebegini.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf di atas kehilangan daripada pelbagai aktiviti seni atau sebarang publisiti.

Saya sebenarnya tidak ke mana-mana, cuma berada di rumah saja. Saya perlu mengambil masa menenangkan jiwa dan pada masa yang sama menghadapi komplikasi mengandung. www.bharian.com.my

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

06 Julai, 2008

Sedikit Maklumat tentang Maya Karin

Maya Karin (nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, dilahirkan pada 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon dan penyanyi di Malaysia.

Dilahirkan kepada Gottfried Roelcke yang berasal dari Jerman, dan Che Zan dari Pulau Pinang, Maya berdarah campuran Jerman-Melayu. Beliau merupakan anak sulung di antara tiga beradik dan memperoleh pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran.

Kerjaya

Siri televisyen yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel V (saluran 714, Astro) dan terbaru ialah "Beauty Secret From The East" (TV3).

Beliau terbabit dalam rakaman siri TV, Beauty Secret From The East dan Channel V untuk segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control. Kini, beliau terbabit dalam rangka promosi Duyung yang dijangka berlangsung selama sebulan sebelum filem arahan Prof. Abd. Razak Mohaideen itu menemui penonton. Maya sedang dalam debaran menanti tayangan Duyung yang dijadual menjengah pawagam 6 Mac awal tahun 2008.Rancangan pada masa hadapannya masih lagi tidak diumum. Maya mejadikan wataknya sebagai tomboy,filem Anak Halal yang dipuji ramai sebagai filem terbaik Maya Karin di Malaysia yang berkisar tentang remaja-remaja metropolitan.Dia diwatakkan sebagai Joe atau Ana.Filem ini sudahpun berada di pasaran sejak pertengahan Februari 2008.

Pembabitan dalam bidang permodelan

Maya turut menjadi buruan produk atau jenama terkemuka sebagai model komersial TV mahupun jurucakap mereka. Antaranya ialah Pantene, Wella, Halle, dan Yishion (bersama Hans Isaac). Terbaru, Maya dipilih jurucakap bagi jenama jam terkemuka iaitu Tag Heure.

Kejayaan

Anugerah pertama yang digenggam Maya ialah trofi "Artis Baru Popular" pada "Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001" (ABPBH2001) di Genting Highlands, Pahang.Dan dia juga mendapat pencalonan dalam Artis Filem Wanita Paling Popular pada (ABPBH 2007).
Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

04 Julai, 2008

Maya Karin Telah Disunting?



Siapakah Jejaka idaman Maya Karin? Mungkin semua jejaka di Malaysia ini kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Maya Karin beberapa hari lalu. Maya telah mengesahkan akan menamatkan zaman bujangnya pada 14 ogos ini dengan Jejaka yang berasal dari England. Maya juga mendedahkan siapa bakal suaminya itu. Jejaka bertuah itu bernama Muhammad Ali, Berusia 38 tahun dari England. Nama Sebenar Ali sebelum memeluk Islam ialah Steven David Shorthose. Ali dan maya adalah seorang guru matematik dan memilih Bellagio, Itali sebagai lokasi pernikahan mereka. Maya juga berkata “Bellagio, Itali menjadi pilihan saya dan Steven kerana ia berdekatan dengan kediaman keluarga bakal mertua saya,”. Pasti selepas ini ramai jejaka di Malaysia tertanya-tanya mengapa Maya tidak memilih mereka...hehe
Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

02 Julai, 2008

Erra Fazira Ratu Yang Menjadi Rebutan

Setiap gerak-geri beliau menjadi tumpuan semua kamera wartawan dan jurugambar yang tidak berhenti-henti berkelip. Namun Ratu yang menjadi rebutan sentiasa tabah dengan kehidupan yang mencabar ini. Saksikan sedikit foto Erra Fazira dan anda pilih yang mana satu menjadi pilhan anda.













Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?