Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

06 Julai, 2008

Sedikit Maklumat tentang Maya Karin

Maya Karin (nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, dilahirkan pada 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon dan penyanyi di Malaysia.

Dilahirkan kepada Gottfried Roelcke yang berasal dari Jerman, dan Che Zan dari Pulau Pinang, Maya berdarah campuran Jerman-Melayu. Beliau merupakan anak sulung di antara tiga beradik dan memperoleh pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran.

Kerjaya

Siri televisyen yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel V (saluran 714, Astro) dan terbaru ialah "Beauty Secret From The East" (TV3).

Beliau terbabit dalam rakaman siri TV, Beauty Secret From The East dan Channel V untuk segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control. Kini, beliau terbabit dalam rangka promosi Duyung yang dijangka berlangsung selama sebulan sebelum filem arahan Prof. Abd. Razak Mohaideen itu menemui penonton. Maya sedang dalam debaran menanti tayangan Duyung yang dijadual menjengah pawagam 6 Mac awal tahun 2008.Rancangan pada masa hadapannya masih lagi tidak diumum. Maya mejadikan wataknya sebagai tomboy,filem Anak Halal yang dipuji ramai sebagai filem terbaik Maya Karin di Malaysia yang berkisar tentang remaja-remaja metropolitan.Dia diwatakkan sebagai Joe atau Ana.Filem ini sudahpun berada di pasaran sejak pertengahan Februari 2008.

Pembabitan dalam bidang permodelan

Maya turut menjadi buruan produk atau jenama terkemuka sebagai model komersial TV mahupun jurucakap mereka. Antaranya ialah Pantene, Wella, Halle, dan Yishion (bersama Hans Isaac). Terbaru, Maya dipilih jurucakap bagi jenama jam terkemuka iaitu Tag Heure.

Kejayaan

Anugerah pertama yang digenggam Maya ialah trofi "Artis Baru Popular" pada "Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001" (ABPBH2001) di Genting Highlands, Pahang.Dan dia juga mendapat pencalonan dalam Artis Filem Wanita Paling Popular pada (ABPBH 2007).
Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?