Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

31 Mac, 2008

Tidak Kepada Pemain dan Pengurus ISRAEL

SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com

Katakan tidak kepada Salah seorang pemain dan pengurus (saya tidak akan menyebut nama mereka kerana mereka adalah israel dan nama israel tidak layak berada didalam blog komuniti ini) chelsea untuk datang dimalaysia. pertama kerana mereka ini musuh islam, kedua malaysia tidak sepatutnya membenarkan rakyat israel memasuki negara ini kerana malaysia ialah sebuah negara islam yang menentang keganasan israel terhadap palestin, ketiga mereka tidak mempunyai hubungan politik dengan malaysia. dan banyak lagi sebab yang tidak saya sebutkan disini.

walaupun mereka datang ke malaysia atas sebab sukan (sesetengah mereka bersetuju kerana atas sebab semangat kesukanan tidak boleh dicampurkan dengan politik), saya dengan tegasnya tidak bersetuju dengan kedatangan mereka kesini. saya mohon kepada sesiapa yang tidak bersetuju sila nyatakan sokongan anda disini.

saya hanya bersetuju jika chelsea datang ke malaysia, negara tercinta ini jika mereka berdua tidak turut sertai menyertai kunjugan ke negara kita ini.

katakan tidak kepada ISRAEL!!!!!!!!!!

8. Perkahwinan Mengubat Hati Luka







SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com

Ina Naim & Suhaimi (12-8-07)
Nor Diana Naim pernah bertunang dengan Mawi, penyanyi tersohor Malaysia sebelum Mawi dijulang sebagai juara Akademi Fantasia ke-3 lagi. Selepas memenangi AF, ramai yang tak sabar-sabar nak tahu siapa tunang Mawi. Mula-mula Ina hanya low profile tetapi apabila Ina berdepan dengan keadaan perhubungan yang semaking meruncing, Ina mendapat liputan meluas daripada wartawan hiburan.
Tidak lama kemudian, hubungan pasangan ini terputus dan bertitik tolak daripada kegagalan cintanya dengan Mawi, Ina semakin agresif dengan buku tulisannya dan pembabitannya dalam dunia muzik dengan terhasilnya album sulung beliau yang berjudul "Duhai Hati". Pada bulan Jun, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ina Naim bertunang dengan bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad dan dinikahkan dua bulan selepas itu pada 12 Ogos 2007. Kalau nak dinamakan jodoh, tak dapat yang paling popular, yang popular sikit pun jadilah.

24 Mac, 2008

9. Perkahwinan Menggunakan Angka Sama Paling Banyak

SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com

9. Perkahwinan Menggunakan Angka Sama Paling BanyakEizlan Yusof & Vie Shantie Harun Khan (7-7-07)

Apa ada pada nombor? Nampaknya jika anda seorang artis yang mahu berkahwin, nombor yang dipilih kenalah cantik dan unik, barulah ada style! Bagi pasangan pelakon kacak popular, Eizlan Yusof dan model cantik, Vie Shanti Harun Khan, angka tujuh merupakan sejarah bagi diri mereka berdua. Eizlan bernikah pada 7 Julai 2007 (7-7-07) setelah mula berkenalan pada 7 Julai tahun sebelumnya.
Eizlan dan Vie dua-dua lahir pada bulan 7, jumlah wang hantaran Eizlan kepada model sambilan ini berjumlah RM77,777.77 yang diiringi 7 dulang barangan. Beliau juga berharap anaknya dilahirkan dalam bulan tujuh juga. Untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan, cepat-cepat tempah tok kadi pda 8-8-08 supaya rumahtangga anda 'ong' selamanya. Kalau tak dapat tarikh tersebut, 18-8-8 atau 28-8-8 juga cantik.

18 Mac, 2008

10. Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Istimewa




SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com

Erra Fazira dan Engku Emran 25-10-2007
Erra Fazira sekali lagi masuk senarai dengan menamatkan zaman jandanya dengan Ketua Pengarah Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 October 2007 lalu. Erra membuat keputusan untuk memilih Emran selepas kononnya berlaku adegan tumbuk menumbuk antara Hans dan Emran di rumah Erra beberapa minggu sebelum itu. Walaupun Emran dikatakan sakit ditumbuk, Hans sakit lagi teruk apabila Erra memilih Emran untuk menjadi suami.
Erra membuat pengumuman bahawa bukan harta yang dicarinya tetapi cinta dan kasih sayang, lantas dia hanya mahukan senaskah Al-Quran sebagai hantaran. Untunglah Emran dapat isteri yang bukan sahaja cantik malah baik dan merendah diri. Majlis perkahwinan Erra kali ini dibuat secara sederhana di kalangan keluarga dan teman-teman, bekas suami juga dijemput tetapi Yusry tentu sekali ada komitment lain ketika itu.

Hadiah istimewa untuk semua peminat blog artismalaysiaku.blogspot.com

SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com

Bermula minggu ini sehingga 10 minggu akan datang, saya akan membuat countdown mengenai 10 majlis perkahwinan yang telah menarik perhatian semua rakyat malaysia. antaranya ialah perkahwinan dato' siti, erra, ziana zain dan ramai lagi. Moga anda akan berpuas hati.

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?