Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

Memaparkan catatan dengan label Melissa Maureen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melissa Maureen. Papar semua catatan

30 Ogos, 2008

INFO: Melissa Maureen

  • Majlis pernikahan dan persandingan diadakan di Nusa 2, Bali, Indonesia pada 8 Ogos 2008
  • Menjalin ikatan pertunangan selama tiga tahun
  • Bercinta selama setengah tahun
  • Kerjaya seninya diuruskan oleh KL Motion Picture selama tiga tahun. Selain Melissa, artis lain yang turut berada di bumbung yang sama ialah Baizura Kahar, Anita Baharom dan Riz Ainuddin.
  • Pernah berlakon teater berbahasa Inggeris berjudul Frankenstein In Love pada tahun 2005
  • Kata Melissa, Malique sudah pun siap membikin album solonya dan ia sudah berada di beberapa kedai muzik terpilih dan diedarkan secara sendiri oleh Malique tanpa bantuan mana-mana syarikat rakaman.
  • Ironinya, Melissa pernah berbadan tembam sebelum ini dan cuma kebelakangan ini badannya mula kurus.
  • Graduan ijazah Kesusasteraan Bahasa Inggeris di King’s College, London pada tahun 2003.
  • Kacukan Pakistan (sebelah ibu) dan Cina (bapa).

    Melissa Maureena Rizal

  • Tarikh Lahir: 9 Mac 1980
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keturunan: Pakistan/Cina
  • Pendidikan: Ijazah Kesusasteraan Inggeris, Kings College London
  • Kerjaya: Pelakon dan Pengacara Rancangan
  • Filem: Gol & Gincu dan Hooperz.
  • Drama: Table For Two, Akademi dan Masih Ada Cinta
  • Iklan: Ponds, Revlon dan Olay White Radience.

  • Sumber www.bharian.com.my

    28 Ogos, 2008

    2 Phat dan Melissa Maureen Rizal Berkahwin

    Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 8 Ogos di pulau Bali

    BUKAN lagi fantasi atau cerita kosong, penyanyi yang cukup dikenali dengan kumpulan Too Phat, Malique Ibrahim, 31, sah berkahwin dengan model dan pelakon jelita, Melissa Maureen Rizal, 28. Mereka bernikah dan bersanding di Nusa 2, Bali, Indonesia pada satu tarikh yang amat simbolik iaitu 8 Ogos 2008 setelah bercinta setengah tahun dan mengikat tali pertunangan selama tiga tahun.

    Sebelum ini pihak media sudah menghidu kisah cinta mereka, namun ditepis sebaik mungkin. Menambah hangat kisah perkahwinan pasangan bahagia ini ialah apabila gambar majlis bahagia mereka sudah mula tersebar di alam maya.

    Kesempatan bertemu Melissa Maureen Rizal sewaktu sidang media drama online terbaru laman siber www.gua.com.my iaitu Ceriaya pada 26 Ogos lalu, dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak media untuk bertanyakan kebenaran.

    Sejurus selepas sidang media dan sesi bergambar dijalankan, Melissa sudi berkongsi sedikit kisah hari yang cukup bermakna dalam hidupnya.

    Kata Melissa, sebelum ini dia bimbang untuk menghebohkan kisah cinta dan perkahwinan mereka kerana gusar tidak menjadi di kemudian hari. Majlis hanya dijalankan dalam suasana ringkas berkonsepkan perkahwinan di tepi pantai dan hanya dihadiri lebih 40 orang tetamu daripada keluarga dua belah pihak. Ia turut dihadiri teman rapat termasuk rakan artis, Joe Flizzow.

    “Perkahwinan ini sudah lama dirancang, cuma kami lebih suka berdiam diri. Majlis ini terlalu ringkas dan tempat itu dipilih kerana ia cukup memberi makna dalam hidup kami berdua. Memang konsep perkahwinan sebegitu sudah lama saya idamkan. Kami sangat bahagia dengan kehidupan sekarang dan harapnya pihak lain di luar sana juga akan tumpang gembira.

    ”Insya-Allah, kami ada merancang untuk melakukan majlis di Kuala Lumpur. Tapi semuanya terpulang pada kesesuaian waktu apatah lagi, kami masing-masing sibuk dengan kerjaya seni. Atas kesibukan ini juga kami tidak sempat berbulan madu. Bayangkan sehari selepas kembali ke Malaysia, saya sudah mengikuti jadual penggambaran drama online Ceriaya,” ungkap Melissa yang enggan bercerita lebih lanjut dan mendalam mengenai majlis perkahwinannya.

    Ramadan tahun ini juga cukup bermakna dalam hidupnya apatah lagi buat pertama kali menyambutnya dengan gelaran isteri. Suaminya juga tidak menghalang untuk dia terus aktif berlakon dan kesediaan untuk bergelar ibu pada bila-bila masa juga sentiasa dinantikan dengan hati terbuka.

    “Bulan puasa memang saat yang amat dinantikan saya setiap tahun dan kali ini ia cukup berbeza kerana saya sudah ada teman baik yang boleh menemani saya dalam kehidupan ini. Mengenai Malique, dia sangat menghormati saya seadanya, memahami dan yang penting dia juga menceburi industri yang sama. Saya juga tidak merasakan perkahwinan sebagai batu penghalang untuk tidak terus mengembangkan bakat seni.

    “Soal anak itu urusan Tuhan, lagi cepat kami mendapat anak, lagi baik. Kami hanya mengikut rentak kehidupan kerana semuanya ketentuan-Nya,” ungkapnya yang pertama kali muncul dalam drama Table For Two bergandingan dengan aktor, Zizan Nin beberapa tahun dulu.

    Duta dan model produk Olay White Radience ini sudah empat tahun menerjah persada seni dan namanya sesekali tenggelam timbul dek percambahan pendatang baru. Sudah berlakon lebih 15 drama dan dua buah filem iaitu Gol & Gincu serta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu filem Hooperz, Melissa berharap akan terus diberi peluang memegang watak yang lebih mencabar.

    “Dalam tahun ini atau mungkin pada tahun depan, saya ingin terus mengembangkan bakat untuk menerima tawaran watak yang lebih mencabar. Saya sudah mencuba buat pertama kali berlakon watak komedi dalam drama online, Ceriaya arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan dan dapat berlakon dengan teman baik yang sudah lama saya kenali iaitu Tony Eusoff.

    “Saya berpendapat bukanlah sesuatu yang mudah untuk membawa watak komedi berbanding watak serius, gembira dan sedih. Hakikatnya, tidak semua pelakon mampu membawa peranan komedi kerana terlebih lawak bimbang pula dikatakan sebagai lawak bodoh,” kata Melissa yang pernah mengacara program travelog, Teman di 8TV bersama Belinda Chee beberapa bulan lalu. www.bharian.com.my

    Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

    My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?