Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

13 Ogos, 2008

Majlis perkahwinan Zain Ruffedge, Khazmira Anuar sederhana tetapi meriah

NOMBOR yang dianggap istimewa pada sesuatu tarikh biasanya menjadi pilihan kepada orang ramai termasuklah pasangan yang ingin mengabadikan ia pada hari bersejarah dalam hidupnya iaitu sebuah perkahwinan. Mengabadikan tarikh lahir isteri tercinta pada 11 Ogos 1983, penyanyi berkumpulan, pelakon dan pengacara program televisyen, Mohd Kamarulzaman Zain Abdul Hamid atau Zain Ruffedge, 30 menyerahkan RM11,883 sebagai wang hantaran kepada isterinya, Khazmira Anuar, 25. Zain yang juga anggota kumpulan Ruffedge, mengambil tarikh itu sebagai simbolik jumlah wang hantaran bukan kerana untuk membanggakan diri tetapi sekadar senang untuk diingati.

“Tidak terlintas untuk membanggakan diri. Kami sepakat bersama keluarga untuk menyerahkan nilai itu kerana mudah untuk diingati tanpa niat yang tidak elok.

“Walaupun perkahwinan adalah hari bersejarah bagi semua orang termasuklah kami, namun kami juga bersepakat untuk tidak mahu membazir dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Kalau boleh biarlah ia sederhana asalkan niat kami termakbul,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan kedua-dua mempelai ini di kediaman isterinya di Taman Desa Kenanga, Semenyih, Kajang Ahad lalu. Pasangan yang mengenakan pakaian tradisional Melayu berwarna biru firus juga menganggap tarikh 8.08.08 sebagai tarikh mereka dinikahkan bukan juga kerana mahu mengagungkan nombor yang dianggap bertuah kepada masyarakat Cina tetapi sekadar mudah untuk mengingati.

“Perkenalan saya dengan isteri tidaklah terlalu lama. Namun saya perlu bertanggungjawab apabila mengenali anak dara orang terlalu lama ia mungkin dianggap tidak manis oleh masyarakat kita jika tiada sebarang ikatan sah.

“Jadi secara tidak langsung, rombongan merisik dari keluarga saya pada Januari lalu memutuskan untuk menyatukan kami berdua dalam masa terdekat dan tarikh yang paling baik adalah 8 Ogos 2008,” katanya.

Majlis yang dianggap sederhana namun meriah turut dihadiri ramai kenalan Zain termasuklah anggota kumpulannya, Ruffedge, VE dan ramai lagi. Sementara, isterinya Mira yang juga berkhidmat sebagai pegawai penjadual rangkaian di Astro turut menerima kunjungan keluarga dan handai taulan. http://www.bharian.com.my

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?