Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

13 Ogos, 2008

Cinta berputik selepas pandang kali kedua

MENYINGKAP kisah di sebalik pengenalan pasangan ini, Zain akui pengenalan mereka terlalu singkat namun atas keikhlasan itu jodoh mempertemukan mereka.

“Saya mengenali Mira semasa dia sedang menjalani latihan praktikal di stesen televisyen ntv7 dua tahun lalu. Secara kebetulan Ruffedge diundang untuk menjayakan program Thursday Nite Live.

“Semasa itu, Mira ditugaskan untuk menjaga kebajikan Ruffedge sebelum program itu bermula. Masa situ saya tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi disebabkan saya dan dia sedang bertugas.

“Setahun selepas itu, secara tidak sangka kami dipertemukan sekali lagi dan saya masih mengingati dia. Kami mula bertukar-tukar nombor telefon tetapi jarang sekali untuk keluar bersama atas alasan sibuk.

“Sehinggalah perasaan rindu mula berputik, kami keluar sesekali sekala bertanyakan khabar dan saya menyatakan hasrat saya untuk melamar dia sebagai isteri.

“Januari lalu rombongan saya merisik Mira tanpa pertalian pertunangan kerana mahu melangsungkan majlis ini secepat mungkin,” katanya.

Menurut Mira, dia memilih Zain sebagai suaminya bukan disebabkan Zain adalah seorang artis tetapi Zain adalah jejaka yang berjaya menawan hatinya.

“Saya sentiasa bahagia apabila berada di sampingnya kerana dia adalah seorang yang kelakar. Saya yakin dia mampu menjaga saya dan sentiasa berasa selamat ketika bersama,” katanya yang masih tersipu-sipu malu ketika memaut erat lengan suaminya.

Sementara itu, Zain yang mengakui masih belum merancang untuk berbulan madu tetap akan meraikan perkahwinan mereka sebaik selesai majlis persandingan.

“Sebaik saja semuanya selesai kami ingin bercuti di dalam Malaysia saja kerana di sini pun banyak tempat yang menarik. Dan sekiranya ada rezeki lebih kami teringin juga untuk ke luar negara tetapi mungkin selepas raya nanti,” katanya. http://www.bharian.com.my

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?