Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

31 Oktober, 2008

Norman Hakim Tidak Mengaku Berkhalwat.

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Norman Hakim ditahan dalam satu operasi cegah maksiat di sini, semalam kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lagi pelakon, Suhaiza Shahimi atau lebih dikenali sebagai Memey.Mereka ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan kira-kira jam 2 pagi di sebuah pejabat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini berikutan maklumat daripada orang ramai. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tangkapan pasangan pelakon itu di sebuah premis di sini, daripada Jais kira-kira jam 3 pagi.

"Kami dimaklumkan, ketika premis diperiksa anggota Jais, mereka mendapati hanya dua pelakon berkenaan berada dalam premis berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani ketika dihubungi pula berkata, pasangan pelakon terbabit ditahan sekumpulan tujuh anggota jabatan berkenaan dalam operasi cegah maksiat di kawasan itu, hasil maklumat orang ramai.

"Pada mulanya, kami mendapati pintu bangunan berkenaan dikunci tetapi selang berapa minit, datang seorang individu lain membuka kunci dari luar dan selepas masuk, kami mendapati seorang wanita berpakaian lengkap berada dalam bangunan terbabit.

"Anggota kami yang difahamkan ada seorang lelaki dalam premis itu terus mencari sebelum menjumpai pelakon berkenaan yang dipercayai bersembunyi dalam bilik kecil. Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan," katanya. Sementara itu, Norman yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, petang semalam menganggap insiden tangkap khalwat bersama Memey sebagai cubaan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai artis dan ahli perniagaan. Norman sekali lagi mengulangi pendiriannya yang dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu sebaliknya menyifatkan hubungan mereka adalah atas dasar profesional kerana Memey membantunya menguruskan pentadbiran MDH Trading & Services.

"Sebelum serbuan ada empat orang di pejabat iaitu pengerusi syarikat iaitu saya, Memey dan seorang pembantu. Saya kemudian keluar menghantar pengerusi balik ke rumah, apabila datang semula ke pejabat, saya dapati pembantu sudah tiada.

"Saya kemudian ke aras berlainan premis perniagaan itu. Saya di aras dua dan Memey pula di aras satu. Saya tidak faham kenapa kami dituduh berkhalwat sedangkan setahu saya maksud khalwat adalah berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan sedangkan kami di aras berlainan," katanya. Sementara itu, isteri Norman yang juga pelakon Abby Abadi, enggan mengulas mengenai isu tangkap khalwat membabitkan suaminya tetapi memberitahu dia mengetahui insiden terbabit daripada seseorang yang menghantar SMS kepadanya pagi semalam.

Siapakah Pelakon Gerak Khas ditangkap khalwat?

KUALA LUMPUR: Pelakon Gerak Khas yang kini rumahtangganya dikatakan sedang retak, pagi tadi ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini.

Tangkapan dilakukan kira-kira jam 2 pagi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), berikutan maklumat orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan tangkapan pasangan itu daripada Jais kira-kira jam 3 pagi.
"Saya mengesahkan tangkapan pasangan pelakon itu yang ditahan di sebuah premis awal pagi tadi.

"Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu. Difahamkan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, pasangannya seorang pelakon baru dan pernah bersama berlakon sebelum ini. http://www.bharian.com.my

22 Oktober, 2008

Majlis Mawi dan Ikin Mendapat RM5 juta

Pihak Astro akan menaja semua pembelanjaan kahwin pasangan yang paling popular tahun ini iaitu Mawi dan Ikin yang akan berlangsung pada 20 Disember 2008. Ini termasuk semua progran yang akan dibuat oleh pihak Astro di dalam persiapan perkahwinan mereka sehingga habis persandingan. Majlis itu juga akan disiarkan secara langsung di Stesen tv astro.

21 Oktober, 2008

20 Disember Mawi dan Ikin Berkahwin

MAWI dan Ikin masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka walaupun sebelum ini ada laporan mengatakan mereka nak kahwin bulan Disember akan datang.Yang pastinya salah seorang ahli keluarga mereka memberitahu Niezam, pihak lelaki dan perempuan sudah mengesahkan majlis itu.Ia memang akan diadakan pada hujung tahun ini. Berkemungkinan besar pada bulan Disember seperti yang diperkatakan sebelum ini. Menurut sumber itu lagi, Mawi dan Ikin sedang berbincang mengenai tarikh yang difikirkan sesuai serta konsep majlis yang hendak diadakan itu.
”Betul abang Niezam, mereka akan kahwin hujung tahun nanti dan keluarga kedua pihak sudah bersetuju dengan hasrat itu,” cerita sumber tersebut. Mungkin ramai yang tertanya- tanya siapakah sumber itu tetapi Niezam berani beri jaminan ia satu sumber yang boleh dipercayai. Kerana insan inilah yang mengirimkan gambar Mawi menziarahi keluarga Ikin semasa Hari Raya Aidilfitri tak lama dulu. Dalam masa yang sama Ikin turut membuat pengakuan kepada wartawan Metra, dia dan Mawi tidak akan buat majlis pertunangan. Sebaliknya mereka nak terus kahwin kerana Ikin begitu fobia nak bertunang sebab kawan-kawannya yang bertunang semuanya putus di tengah jalan seperti mana yang pernah Mawi alami. Tak kisahlah, Mawi dan Ikin nak kahwin bila pun cuma selepas ini janganlah banyak sangat bermain teka teki sebab penat nak memikir. Peminat pun dah boleh terima dengan siapa Mawi nak kahwin. Tak macam masa Mawi baru keluar Akademi Fantasia dulu apabila kebanyakan laporan media yang betul pun dianggap palsu. Sumber http://myselebriti.com

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?