Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

29 Jun, 2008

Aznil Sudah Muak Menjadi Pengacara



Aznil Nawawi merupakan seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Malaysia. Aznil dilahirkan pada 1962 dan sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 16 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata: Fildza Haifa (Fifi), 17, dan Fariq Haizen (Ricky), 13.

Biografi
Aznil yang lahir dan membesar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, ini memegang ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dengan TV3. Ketika memulakankerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.
Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?.
Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah pegnlibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2002 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.
Pada tahun 2004, Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau. Pada tahun 1995, beliau sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa. Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan "macam-macam". Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura kini disiarkan di Astro Prima. Pada tahun 2006, Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man. Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots. Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.

Rancangan pengacaraan beliau

Beliau melibatkan diri bersama hampir semua stesen tv tempatan. Antaranya

* Pop Kuiz (rancangan hiburan pertama pengacaraan beliau)
* Anugerah Juara Lagu
* Anugerah Skrin
* Anugerah Planet Muzik
* Anugerah Seri Angkasa
* Akademi Fantasia Musim 1 (Tirai AF & Konsert AF)
* Akademi Fantasia Musim 2 (Tirai AF, Konsert AF, & Imbasan AF)
* Akademi Fantasia Musim 3 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
* Akademi Fantasia Musim 4 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
* Akademi Fantasia Musim 5 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Debat AF)
* Melodi (selama setahun sebelum menandatangani kontrak secara ekslusif bersama Astro pada Oktober 2004)
* Kamera Apo?
* Macam-macam Aznil
* Tom Tom Bak

**wikipedia

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

26 Jun, 2008

Farah Fauzana Wanita Gedik?





Farah Fauzana Fadzil, lebih dikenali sebagai Fara Fauzana atau Fafau oleh peminatnya, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio di Malaysia.

Biodata

* Farah Fauzana dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
* Dia mempunyai tiga orang adik-beradik.
* Hobi: Memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah.
* Memegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

Kerjaya

* Menjadi penyampai radio Era FM pada tahun 2004-2005.
* Menjadi penyampai radio Hot FM pada tahun 2006-sekarang.
* Menjadi pengacara Melodi di TV3 bersama Wahid Senario.
* Menjadi pelakon utama sitkom Fara di TV3.

Anugerah

* Pengacara TV Popular ABPBH 2005
* Pengacara TV Popular ABPBH 2006
* Penyampai Radio Popular ABPBH 2007
* Pengacara TV Popular ABPBH 2007

**wikipedia

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

19 Jun, 2008

Faizal Tahir penuh kontrovesi dan gossip

Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan. Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah. Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast. Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat. Pada 13 Januari 2008, Faizal mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung. Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya. Menurut beliau:

“ Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir oleh semua. Bagaimanapun saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya. ”

Akibatnya, pada 19 Januari 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV selama tempoh yang sama. Tidak lama selepas tempoh hukuman itu berakhir, Mufti Perlis, Dato' Dr. Asri Zainul Abidin mengeluarkan bantahan terhadap pihak TV3 untuk membawa Faizal ke Konsert Jom Heboh yang diadakan di negeri tersebut pada hujung minggu pertama bulan Mei. Wikipedia

Nama lahir Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Lahir 26 Oktober 1978 (umur 29)
Asal Bendera Malaysia Malaysia
Genre Rock, Balada (dulu nasyid)
Pekerjaan Penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif 2004-kini
Label Monkey Bone Records (2006-kini)

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

12 Jun, 2008

Siapa Mawi? Juara Akademi Fantasia


Asmawi Ani atau Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media. Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia. Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya. Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Nama lahir : Asmawi bin Ani
Lahir : 25 Ogos 1981 (umur 26)
Asal : Kulai, Johor, Malaysia
Genre: Pop, Ballad, Nasyid
Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon, Model, Duta
Alat muzik: Vokal
Tahun aktif: 2005–kini
Label: Life Records
Laman web: Kelab Sahabat Mawi Malaysia (MawiFC)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mawi
Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

10 Jun, 2008

Kongsi Blog/Laman anda (Link Xchange) dengan pelawat artismalaysiaku

Blog/laman anda boleh diletakkan di blog artismalaysiaku? begini caranya:

1. anda perlu letakkan dahulu link http://artismalaysiaku.blogspot.com/ ke blog/laman anda
2. selepas itu anda perlu memberitahu saya dengan meletakkan laman anda di kotak meluahkan perasaan.
3. saya akan meletakkan blog/laman anda di artismalaysiaku.

terima kasih kerana sudi berkongsi blog/laman dengan pelawat artismalaysiaku.
Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?