Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

29 Jun, 2008

Aznil Sudah Muak Menjadi Pengacara



Aznil Nawawi merupakan seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Malaysia. Aznil dilahirkan pada 1962 dan sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 16 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata: Fildza Haifa (Fifi), 17, dan Fariq Haizen (Ricky), 13.

Biografi
Aznil yang lahir dan membesar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, ini memegang ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dengan TV3. Ketika memulakankerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.
Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?.
Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah pegnlibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2002 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.
Pada tahun 2004, Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau. Pada tahun 1995, beliau sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa. Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan "macam-macam". Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura kini disiarkan di Astro Prima. Pada tahun 2006, Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man. Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots. Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.

Rancangan pengacaraan beliau

Beliau melibatkan diri bersama hampir semua stesen tv tempatan. Antaranya

* Pop Kuiz (rancangan hiburan pertama pengacaraan beliau)
* Anugerah Juara Lagu
* Anugerah Skrin
* Anugerah Planet Muzik
* Anugerah Seri Angkasa
* Akademi Fantasia Musim 1 (Tirai AF & Konsert AF)
* Akademi Fantasia Musim 2 (Tirai AF, Konsert AF, & Imbasan AF)
* Akademi Fantasia Musim 3 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
* Akademi Fantasia Musim 4 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
* Akademi Fantasia Musim 5 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Debat AF)
* Melodi (selama setahun sebelum menandatangani kontrak secara ekslusif bersama Astro pada Oktober 2004)
* Kamera Apo?
* Macam-macam Aznil
* Tom Tom Bak

**wikipedia

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?