Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

28 April, 2008

4. Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling Tinggi



Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)
Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit.
Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.

26 April, 2008

Gambar Siti Saerah bertunang

Mungkin agak terlewat saya meletakkan gambar pertunangan adik penyanyi no 1 tanah air kita Dato' Siti Nurhaliza, berbanding dengan laman-laman di internet mahupun media lain. tetapi sebagai tatapan untuk anda semua saya siarkan juga.



Siti dan Moyangnya?

Sebelum anda melihatnya saya ingin menyusun sepuluh jari kepada dato' siti jika ia menyinggung perasaan dato' siti. gambar ini telah dihantar ke dalam emel saya dan menyatakan ia adalah moyang dato' siti. bila melihat gambar tersebut membuat saya ketawa besar rupa-rupanya gambar itu diantara dato' siti dan patung pahlawan china yang ditanam pada zaman pemerintahan maharaja china. jadi anda pun jangan salah anggap ye. :-)




23 April, 2008

5. Perkahwinan Duda Malaysia Paling Laku

M. Nasir & Marlia Musa (31-08-2000)
Komposer dan penyanyi terkenal M. Nasir ialah jenis lelaki semakin tua semakin menarik. Walaupun beliau seorang duda beranak lima , faktor ini tidak menjadi halangan untuk dirinya digilai oleh ramai wanita Malaysia daripada pelbagai lapisan umur. Pada 31 Ogos 2000, beliau memilih untuk bernikah dengan pelakon popular Marlia Musa yang membuat ramai wanita ternganga tidak percaya.
Menurut Marlia, M. Nasir merupakan cinta pertamanya dan bagi M. Nasir, Marlia merupakan wanita yang boleh mengisi kekosongan hidupnya dan anak-anak.''Saya suka sesuatu perkara misalnya sejenis kain dan dia (Marlia) ada kain itu," kiasan yang sukar dimengerti oleh orang biasa. Marlia disunting dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000 termasuk lima anak segera daripada perkahwinan M.Nasir yang sebelumnya.

SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com

18 April, 2008

6. Perkahwinan Tutup Kontroversi



SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com


Linda Rafar & Keifli (1-5-1999) vs Edry & Milia Mohamad (5-11-1999)
Linda Rafar, penyanyi kumpulan ala-ala Spice Girls Malaysia yang berada di bawah naungan KRU Records pernah mempunyai hubungan cinta dengan Edry KRU, adik paling bongsu kumpulan tiga beradik KRU. Pada tahun 1999, 11 gambar bogel dengan aksi-aksi lucah yang begitu mirip kepada mereka berdua telah terpampang di Internet. Sejurus selepas kontroversi itu tercetus, Linda dan Edry menutup cakap-cakap orang dan kontroversi yang melanda dengan bernikah dengan pasangan masing-masing.
Linda Rafar bernikah dengan pemandu go-kart kebangsaan, Keifli Datuk Othman pada 1 Mei 1999 manakala Edry pula bernikah dengan Milia Mohamad, setiausaha kepada abangnya Norman pada 5 November 1999. Perkahwinan Linda Rafar dengan Keifli mampu bertahan selama lima tahun sahaja setelah mendapat dua orang hero dan mereka bercerai talak satu pada 5 Ogos 2004. Edry pula baru sahaja menimang cahayamata ketiga pada 15 Mei 2007.

Siapa Dafi?

SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com
Nama Samaran: Dafi

Nama Penuh : GADAFFI BIN ISMAIL SABRI
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PETALING JAYA, SELANGOR
Tarikh Lahir : 14 DISEMBER 1988
Tinggi : 168 CM
Berat : 65 KG
Hobi : MENYANYI & MELEPAK
Penyanyi Idola : JUSTIN TIMBERLAKE

07 April, 2008

7. Perkahwinan Yang Mengetepikan Wartawan Hiburan


SUMBER::klik artismalaysiaku.blogspot.com

Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari (4-08-2007)
Natasha Hudson, model terkenal kacukan Melayu-Indonesia-Australia, tidak putus dilanda pelbagai serangan gosip tabloid apabila beliau menamatkan perkahwinannya dengan Mohd Faiz Mohd Raih, seorang anak Datuk yang hanya bertahan selama lima bulan sahaja. Pada 4 Ogos 2007, sekali lagi Natasha menggemparkan dunia hiburan apabila perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengarah Eksekutf Verti Global yang diadakan di Carcosa Seri Negara tidak membenarkan wartawan hiburan masuk untuk membuat liputan.
Alasan yang diberi ialah takut nak jemput ramai tak cukup nasi. Ramai wartawan yang hadir kecewa dengan sikap Natasha kerana wartawan datang nak buat liputan, bukan nak makan nasi. Akibat peristiwa itu, wartawan hiburan secara sebulat suara telah memboikot Natasha. Walaupun Natasha sedih kerana disisihkan kerana pendiriannya tentang hal peribadi, dia telah pun selamat bernikah dan jelas sekali pilihan Natasha ialah seorang Datuk sebagai pasangan hidupnya dan bukan sekadar anak Datuk.

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?