Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

28 Ogos, 2008

Too Phat belum berkubur

HIP juga berkesempatan mendapatkan komen teman baik Malique iaitu Joe Flizzow. Di kesempatan ini juga Joe sempat menangkis cerita yang mengatakan Too Phat sudah berkubur gara-gara ‘perpisahan sementara’ mereka.

“Saya tumpang gembira di atas perkahwinan mereka. Saya yakin Melissa pasangan yang sesuai buat dia (Malique). Mereka banyak berkongsi persamaan yang sama dan saling memahami. Saya bersyukur ikatan hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan, apatah lagi kawan baik saya sendiri yang sudah mula saya kenali sejak zaman remaja yang kahwin.

“Saya doakan mereka akan berbahagia selalu dan menjalani kehidupan indah bersama-sama. Selamat berjaya mengharungi dunia kehidupan berumahtangga. Harapan saya supaya mereka cepat menimang anak dan bolehlah anak mereka berjumpa dengan pak cik Joe Flizzow (merujuk kepada dirinya sendiri).

“Too Phat masih ada dan wujud. Kami masih berkawan baik biarpun ada macam-macam cerita yang tumbuh melata memperkatakan yang tidak benar mengenai diri kami. Sebenarnya, kami masing-masing cuma memberi tumpuan untuk projek solo. Dia sudah pun muncul dengan album solo dan Insya-Allah tak lama lagi giliran saya pula bakal menjelma. Ini semua sebagai hadiah untuk peminat yang setia menyokong kami sejak dari dulu,” kata Joe Flizzow ringkas. www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?