28 Ogos, 2008
2 Phat dan Melissa Maureen Rizal Berkahwin
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 8 Ogos di pulau Bali
BUKAN lagi fantasi atau cerita kosong, penyanyi yang cukup dikenali dengan kumpulan Too Phat, Malique Ibrahim, 31, sah berkahwin dengan model dan pelakon jelita, Melissa Maureen Rizal, 28. Mereka bernikah dan bersanding di Nusa 2, Bali, Indonesia pada satu tarikh yang amat simbolik iaitu 8 Ogos 2008 setelah bercinta setengah tahun dan mengikat tali pertunangan selama tiga tahun.
Sebelum ini pihak media sudah menghidu kisah cinta mereka, namun ditepis sebaik mungkin. Menambah hangat kisah perkahwinan pasangan bahagia ini ialah apabila gambar majlis bahagia mereka sudah mula tersebar di alam maya.
Sejurus selepas sidang media dan sesi bergambar dijalankan, Melissa sudi berkongsi sedikit kisah hari yang cukup bermakna dalam hidupnya.
Kata Melissa, sebelum ini dia bimbang untuk menghebohkan kisah cinta dan perkahwinan mereka kerana gusar tidak menjadi di kemudian hari. Majlis hanya dijalankan dalam suasana ringkas berkonsepkan perkahwinan di tepi pantai dan hanya dihadiri lebih 40 orang tetamu daripada keluarga dua belah pihak. Ia turut dihadiri teman rapat termasuk rakan artis, Joe Flizzow.
“Perkahwinan ini sudah lama dirancang, cuma kami lebih suka berdiam diri. Majlis ini terlalu ringkas dan tempat itu dipilih kerana ia cukup memberi makna dalam hidup kami berdua. Memang konsep perkahwinan sebegitu sudah lama saya idamkan. Kami sangat bahagia dengan kehidupan sekarang dan harapnya pihak lain di luar sana juga akan tumpang gembira.
”Insya-Allah, kami ada merancang untuk melakukan majlis di Kuala Lumpur. Tapi semuanya terpulang pada kesesuaian waktu apatah lagi, kami masing-masing sibuk dengan kerjaya seni. Atas kesibukan ini juga kami tidak sempat berbulan madu. Bayangkan sehari selepas kembali ke Malaysia, saya sudah mengikuti jadual penggambaran drama online Ceriaya,” ungkap Melissa yang enggan bercerita lebih lanjut dan mendalam mengenai majlis perkahwinannya.
Ramadan tahun ini juga cukup bermakna dalam hidupnya apatah lagi buat pertama kali menyambutnya dengan gelaran isteri. Suaminya juga tidak menghalang untuk dia terus aktif berlakon dan kesediaan untuk bergelar ibu pada bila-bila masa juga sentiasa dinantikan dengan hati terbuka.
“Bulan puasa memang saat yang amat dinantikan saya setiap tahun dan kali ini ia cukup berbeza kerana saya sudah ada teman baik yang boleh menemani saya dalam kehidupan ini. Mengenai Malique, dia sangat menghormati saya seadanya, memahami dan yang penting dia juga menceburi industri yang sama. Saya juga tidak merasakan perkahwinan sebagai batu penghalang untuk tidak terus mengembangkan bakat seni.
Duta dan model produk Olay White Radience ini sudah empat tahun menerjah persada seni dan namanya sesekali tenggelam timbul dek percambahan pendatang baru. Sudah berlakon lebih 15 drama dan dua buah filem iaitu Gol & Gincu serta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu filem Hooperz, Melissa berharap akan terus diberi peluang memegang watak yang lebih mencabar.
“Dalam tahun ini atau mungkin pada tahun depan, saya ingin terus mengembangkan bakat untuk menerima tawaran watak yang lebih mencabar. Saya sudah mencuba buat pertama kali berlakon watak komedi dalam drama online, Ceriaya arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan dan dapat berlakon dengan teman baik yang sudah lama saya kenali iaitu Tony Eusoff.
“Saya berpendapat bukanlah sesuatu yang mudah untuk membawa watak komedi berbanding watak serius, gembira dan sedih. Hakikatnya, tidak semua pelakon mampu membawa peranan komedi kerana terlebih lawak bimbang pula dikatakan sebagai lawak bodoh,” kata Melissa yang pernah mengacara program travelog, Teman di 8TV bersama Belinda Chee beberapa bulan lalu. www.bharian.com.my
Download Lagu Raya mp3
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
Aishah - Pulanglah
Aishah - Setitis Cahaya di Aidilfitri
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
Hari Raya - Musafir Di Aidilfitri
Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
Takbir Raya Longer version
Takbir Raya
M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
P Ramlee - Dendang Perantau
Raihan - Satu Pagi Di Hari Raya
Raihan Nowseeheart Rem Ajai - Lebaran Ini
Jibeng - Musafir di Aidilfitri
Sanisah Huri - Aidilfitri
Senario - Seminggu Berhari Raya
sheila majid - Hari Mulia
Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
aman shah - kepulangan yang di nanti
sanisah huri - bersabarlah sayang
khairil johari johar - sepasang kurung biru
anuar elina - suasana di hari raya
Uji Rashid Hail Amir - Seloka Hari Raya
ziana zain awie - Halaman Asmara
My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan