Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

30 Ogos, 2008

INFO: Melissa Maureen

  • Majlis pernikahan dan persandingan diadakan di Nusa 2, Bali, Indonesia pada 8 Ogos 2008
  • Menjalin ikatan pertunangan selama tiga tahun
  • Bercinta selama setengah tahun
  • Kerjaya seninya diuruskan oleh KL Motion Picture selama tiga tahun. Selain Melissa, artis lain yang turut berada di bumbung yang sama ialah Baizura Kahar, Anita Baharom dan Riz Ainuddin.
  • Pernah berlakon teater berbahasa Inggeris berjudul Frankenstein In Love pada tahun 2005
  • Kata Melissa, Malique sudah pun siap membikin album solonya dan ia sudah berada di beberapa kedai muzik terpilih dan diedarkan secara sendiri oleh Malique tanpa bantuan mana-mana syarikat rakaman.
  • Ironinya, Melissa pernah berbadan tembam sebelum ini dan cuma kebelakangan ini badannya mula kurus.
  • Graduan ijazah Kesusasteraan Bahasa Inggeris di King’s College, London pada tahun 2003.
  • Kacukan Pakistan (sebelah ibu) dan Cina (bapa).

    Melissa Maureena Rizal

  • Tarikh Lahir: 9 Mac 1980
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keturunan: Pakistan/Cina
  • Pendidikan: Ijazah Kesusasteraan Inggeris, Kings College London
  • Kerjaya: Pelakon dan Pengacara Rancangan
  • Filem: Gol & Gincu dan Hooperz.
  • Drama: Table For Two, Akademi dan Masih Ada Cinta
  • Iklan: Ponds, Revlon dan Olay White Radience.

  • Sumber www.bharian.com.my

    28 Ogos, 2008

    Too Phat belum berkubur

    HIP juga berkesempatan mendapatkan komen teman baik Malique iaitu Joe Flizzow. Di kesempatan ini juga Joe sempat menangkis cerita yang mengatakan Too Phat sudah berkubur gara-gara ‘perpisahan sementara’ mereka.

    “Saya tumpang gembira di atas perkahwinan mereka. Saya yakin Melissa pasangan yang sesuai buat dia (Malique). Mereka banyak berkongsi persamaan yang sama dan saling memahami. Saya bersyukur ikatan hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan, apatah lagi kawan baik saya sendiri yang sudah mula saya kenali sejak zaman remaja yang kahwin.

    “Saya doakan mereka akan berbahagia selalu dan menjalani kehidupan indah bersama-sama. Selamat berjaya mengharungi dunia kehidupan berumahtangga. Harapan saya supaya mereka cepat menimang anak dan bolehlah anak mereka berjumpa dengan pak cik Joe Flizzow (merujuk kepada dirinya sendiri).

    “Too Phat masih ada dan wujud. Kami masih berkawan baik biarpun ada macam-macam cerita yang tumbuh melata memperkatakan yang tidak benar mengenai diri kami. Sebenarnya, kami masing-masing cuma memberi tumpuan untuk projek solo. Dia sudah pun muncul dengan album solo dan Insya-Allah tak lama lagi giliran saya pula bakal menjelma. Ini semua sebagai hadiah untuk peminat yang setia menyokong kami sejak dari dulu,” kata Joe Flizzow ringkas. www.bharian.com.my

    2 Phat dan Melissa Maureen Rizal Berkahwin

    Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 8 Ogos di pulau Bali

    BUKAN lagi fantasi atau cerita kosong, penyanyi yang cukup dikenali dengan kumpulan Too Phat, Malique Ibrahim, 31, sah berkahwin dengan model dan pelakon jelita, Melissa Maureen Rizal, 28. Mereka bernikah dan bersanding di Nusa 2, Bali, Indonesia pada satu tarikh yang amat simbolik iaitu 8 Ogos 2008 setelah bercinta setengah tahun dan mengikat tali pertunangan selama tiga tahun.

    Sebelum ini pihak media sudah menghidu kisah cinta mereka, namun ditepis sebaik mungkin. Menambah hangat kisah perkahwinan pasangan bahagia ini ialah apabila gambar majlis bahagia mereka sudah mula tersebar di alam maya.

    Kesempatan bertemu Melissa Maureen Rizal sewaktu sidang media drama online terbaru laman siber www.gua.com.my iaitu Ceriaya pada 26 Ogos lalu, dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak media untuk bertanyakan kebenaran.

    Sejurus selepas sidang media dan sesi bergambar dijalankan, Melissa sudi berkongsi sedikit kisah hari yang cukup bermakna dalam hidupnya.

    Kata Melissa, sebelum ini dia bimbang untuk menghebohkan kisah cinta dan perkahwinan mereka kerana gusar tidak menjadi di kemudian hari. Majlis hanya dijalankan dalam suasana ringkas berkonsepkan perkahwinan di tepi pantai dan hanya dihadiri lebih 40 orang tetamu daripada keluarga dua belah pihak. Ia turut dihadiri teman rapat termasuk rakan artis, Joe Flizzow.

    “Perkahwinan ini sudah lama dirancang, cuma kami lebih suka berdiam diri. Majlis ini terlalu ringkas dan tempat itu dipilih kerana ia cukup memberi makna dalam hidup kami berdua. Memang konsep perkahwinan sebegitu sudah lama saya idamkan. Kami sangat bahagia dengan kehidupan sekarang dan harapnya pihak lain di luar sana juga akan tumpang gembira.

    ”Insya-Allah, kami ada merancang untuk melakukan majlis di Kuala Lumpur. Tapi semuanya terpulang pada kesesuaian waktu apatah lagi, kami masing-masing sibuk dengan kerjaya seni. Atas kesibukan ini juga kami tidak sempat berbulan madu. Bayangkan sehari selepas kembali ke Malaysia, saya sudah mengikuti jadual penggambaran drama online Ceriaya,” ungkap Melissa yang enggan bercerita lebih lanjut dan mendalam mengenai majlis perkahwinannya.

    Ramadan tahun ini juga cukup bermakna dalam hidupnya apatah lagi buat pertama kali menyambutnya dengan gelaran isteri. Suaminya juga tidak menghalang untuk dia terus aktif berlakon dan kesediaan untuk bergelar ibu pada bila-bila masa juga sentiasa dinantikan dengan hati terbuka.

    “Bulan puasa memang saat yang amat dinantikan saya setiap tahun dan kali ini ia cukup berbeza kerana saya sudah ada teman baik yang boleh menemani saya dalam kehidupan ini. Mengenai Malique, dia sangat menghormati saya seadanya, memahami dan yang penting dia juga menceburi industri yang sama. Saya juga tidak merasakan perkahwinan sebagai batu penghalang untuk tidak terus mengembangkan bakat seni.

    “Soal anak itu urusan Tuhan, lagi cepat kami mendapat anak, lagi baik. Kami hanya mengikut rentak kehidupan kerana semuanya ketentuan-Nya,” ungkapnya yang pertama kali muncul dalam drama Table For Two bergandingan dengan aktor, Zizan Nin beberapa tahun dulu.

    Duta dan model produk Olay White Radience ini sudah empat tahun menerjah persada seni dan namanya sesekali tenggelam timbul dek percambahan pendatang baru. Sudah berlakon lebih 15 drama dan dua buah filem iaitu Gol & Gincu serta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu filem Hooperz, Melissa berharap akan terus diberi peluang memegang watak yang lebih mencabar.

    “Dalam tahun ini atau mungkin pada tahun depan, saya ingin terus mengembangkan bakat untuk menerima tawaran watak yang lebih mencabar. Saya sudah mencuba buat pertama kali berlakon watak komedi dalam drama online, Ceriaya arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan dan dapat berlakon dengan teman baik yang sudah lama saya kenali iaitu Tony Eusoff.

    “Saya berpendapat bukanlah sesuatu yang mudah untuk membawa watak komedi berbanding watak serius, gembira dan sedih. Hakikatnya, tidak semua pelakon mampu membawa peranan komedi kerana terlebih lawak bimbang pula dikatakan sebagai lawak bodoh,” kata Melissa yang pernah mengacara program travelog, Teman di 8TV bersama Belinda Chee beberapa bulan lalu. www.bharian.com.my

    25 Ogos, 2008

    Aziz M.Osman Juga Kahwin Bulan Ogos

    Saya baru ini telah terima email yang mengandungi gambar perkahwinan pengarah dan pelakon terkenal Aziz M. Osman. Dalam diam-diam ubi berisi. patut la kita lama dah tak dengar cerita en aziz ni. ok enjoy la tengok gambar2 perkahwinan Aziz M.Osman kat bawah:






    24 Ogos, 2008

    Maya Karin dan Muhammad Ali di ijab kabulkan

    Aktres jelita, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali semalam, 14 Ogos.

    Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Abdullah dari Algeria yang kini menetap di Itali pada jam 11 malam (waktu Malaysia) bersamaan lima petang (waktu tempatan).

    Seramai lebih kurang 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis perkahwinan tertutup pasangan tersebut.

    Aktres berusia 28 tahun itu bagaimanapun meminta agar sebarang temubual oleh pihak media dibuat setelah dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.

    Maya yang anggun menggunakan dress ciptaan pereka, Syaiful Baharim dan solekan oleh Khir Khalid, kelihatan tenang dan ceria melalui gambar kiriman e-mel kepada media di Malaysia.

    Bagaimanapun, Maya hanya akan bercerita tentang majlis pernikahannya itu sekembalinya ke tanah air pada minggu depan.

    “Terima kasih kepada pihak media dan peminat yang mendoakan kelancaran majlis perkahwinan Maya,” kata pengurus aktres berkenaan, Azlin Abas.

    Pasangan itu akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dengan berkonsepkan alam sekitar. http://www.budiey.com

    Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

    23 Ogos, 2008

    Bulan Ogos Adalah Bulan Perkahwinan Bagi Artis2 Malaysia

    Saya agak tertarik dan tergerak hati nak mengumumkan di artismalaysiaku.blogspot ini bahawa bulan ogos ni agaknya telah dipilih oleh kebanyakkan artis untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

    Lan Pet Pet, Aziz M.Osman dan hantu yang menjadi kegilaan rakyat malaysia Maya Karin turut memilih bulan ogos. Yang istimewanya perkahwinan mereka ini adalah Maya Karin berkahwin di Italy, Lan Pet Pet berkahwin selepas 14 tahun bercinta (lama tu) dan Aziz pula selepas perceraiannya, terus dengar berita dah kahwin sekali lagi.

    Apa pun bagi pihak artismalaysiaku.blogspot.com mendoakan mereka semua berbahagia sehingga ke akhir hayat.
    Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

    Gambar Kahwin Maya Karin and Muhammad Ali




    Lan Pet Pet Dah Kahwin




    Percintaan selama 14 tahun antara pelawak siri komedi Senario, Lan
    Pet-Pet dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan, berakhir di gerbang
    perkahwinan apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Bukhary di sini
    hari ini.

    Dengan empat kali lafaz, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 39,
    sah menjadi suami kepada perunding pelaburan itu dengan kedua-dua
    mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu.

    Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM888 oleh juru nikah
    Masjid Al-Bukhary, Mohamad Isa Shaari setelah diwakilkan oleh adik
    Rubytah, Roshidi, 29, tepat pukul 12.10 tengah hari sambil disaksikan
    keluarga kedua- dua pihak.

    Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar- tukar dulang
    hantaran iaitu tujuh dulang daripada Lan termasuk wang hantaran RM8,000
    beserta sirih junjung, beg tangan jenama Gucci, kek dan senaskhah
    al-Quran.

    sumber : budi http://suhaimy.org/berita-artis/lan-pet-pet-kahwin-dah/


    Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

    16 Ogos, 2008

    INFO: Zain Ruffedge

  • Hanya sekali lafaz, tepat jam 10 malam, 8 Ogos 2008, Zain dan Mira selamat diijab kabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Ahmad Shuhaimi Md Isa di kediaman keluarga Mira Taman Desa Kenanga, Semenyih.

  • Zain menerima sembilan hantaran dari pihak pengantin perempuan berupa kasut, beg duit, tali pinggang, Play Station 3(PS3), cincin, set minyak wangi, buah dan coklat.

  • Mira pula menerima tujuh barang hantaran dari pihak Zain berupa wang hantaran, mas kahwin, jam tangan, set minyak wangi, kek, beg tangan dan kasut.

  • Anggota kumpulan Ruffedge ini bukan saja berbakat dalam nyanyian malah turut meminati bidang lakonan dan buat pertama kali menceburi bidang pengacaraan dalam program Wakenabeb! terbitan ntv7.

  • Selain sibuk dalam bidang pengacaraan, Zain juga tidak lupa pembabitan dirinya dalam bidang nyanyian yang kini dalam penyediaan material untuk diisikan ke dalam album terbaru mereka selepas album Extreme Pleasure (Bersama VE), Define dan Ruffera.

  • Zain bersama anggota asal, Azan dan penyertaan dua anggota baru, Nine (Phyne Ballerz) dan Iwan kini baru saja menyiapkan dua single mereka berjudul Jangan Berhenti ciptaan Nine dan Rintihan Pengemis lagu berentak perlahan yang bakal disiarkan menerusi radio dalam masa terdekat ini. http://www.bharian.com.my

  • Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

    13 Ogos, 2008

    Cinta berputik selepas pandang kali kedua

    MENYINGKAP kisah di sebalik pengenalan pasangan ini, Zain akui pengenalan mereka terlalu singkat namun atas keikhlasan itu jodoh mempertemukan mereka.

    “Saya mengenali Mira semasa dia sedang menjalani latihan praktikal di stesen televisyen ntv7 dua tahun lalu. Secara kebetulan Ruffedge diundang untuk menjayakan program Thursday Nite Live.

    “Semasa itu, Mira ditugaskan untuk menjaga kebajikan Ruffedge sebelum program itu bermula. Masa situ saya tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi disebabkan saya dan dia sedang bertugas.

    “Setahun selepas itu, secara tidak sangka kami dipertemukan sekali lagi dan saya masih mengingati dia. Kami mula bertukar-tukar nombor telefon tetapi jarang sekali untuk keluar bersama atas alasan sibuk.

    “Sehinggalah perasaan rindu mula berputik, kami keluar sesekali sekala bertanyakan khabar dan saya menyatakan hasrat saya untuk melamar dia sebagai isteri.

    “Januari lalu rombongan saya merisik Mira tanpa pertalian pertunangan kerana mahu melangsungkan majlis ini secepat mungkin,” katanya.

    Menurut Mira, dia memilih Zain sebagai suaminya bukan disebabkan Zain adalah seorang artis tetapi Zain adalah jejaka yang berjaya menawan hatinya.

    “Saya sentiasa bahagia apabila berada di sampingnya kerana dia adalah seorang yang kelakar. Saya yakin dia mampu menjaga saya dan sentiasa berasa selamat ketika bersama,” katanya yang masih tersipu-sipu malu ketika memaut erat lengan suaminya.

    Sementara itu, Zain yang mengakui masih belum merancang untuk berbulan madu tetap akan meraikan perkahwinan mereka sebaik selesai majlis persandingan.

    “Sebaik saja semuanya selesai kami ingin bercuti di dalam Malaysia saja kerana di sini pun banyak tempat yang menarik. Dan sekiranya ada rezeki lebih kami teringin juga untuk ke luar negara tetapi mungkin selepas raya nanti,” katanya. http://www.bharian.com.my

    Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

    Majlis perkahwinan Zain Ruffedge, Khazmira Anuar sederhana tetapi meriah

    NOMBOR yang dianggap istimewa pada sesuatu tarikh biasanya menjadi pilihan kepada orang ramai termasuklah pasangan yang ingin mengabadikan ia pada hari bersejarah dalam hidupnya iaitu sebuah perkahwinan. Mengabadikan tarikh lahir isteri tercinta pada 11 Ogos 1983, penyanyi berkumpulan, pelakon dan pengacara program televisyen, Mohd Kamarulzaman Zain Abdul Hamid atau Zain Ruffedge, 30 menyerahkan RM11,883 sebagai wang hantaran kepada isterinya, Khazmira Anuar, 25. Zain yang juga anggota kumpulan Ruffedge, mengambil tarikh itu sebagai simbolik jumlah wang hantaran bukan kerana untuk membanggakan diri tetapi sekadar senang untuk diingati.

    “Tidak terlintas untuk membanggakan diri. Kami sepakat bersama keluarga untuk menyerahkan nilai itu kerana mudah untuk diingati tanpa niat yang tidak elok.

    “Walaupun perkahwinan adalah hari bersejarah bagi semua orang termasuklah kami, namun kami juga bersepakat untuk tidak mahu membazir dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Kalau boleh biarlah ia sederhana asalkan niat kami termakbul,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan kedua-dua mempelai ini di kediaman isterinya di Taman Desa Kenanga, Semenyih, Kajang Ahad lalu. Pasangan yang mengenakan pakaian tradisional Melayu berwarna biru firus juga menganggap tarikh 8.08.08 sebagai tarikh mereka dinikahkan bukan juga kerana mahu mengagungkan nombor yang dianggap bertuah kepada masyarakat Cina tetapi sekadar mudah untuk mengingati.

    “Perkenalan saya dengan isteri tidaklah terlalu lama. Namun saya perlu bertanggungjawab apabila mengenali anak dara orang terlalu lama ia mungkin dianggap tidak manis oleh masyarakat kita jika tiada sebarang ikatan sah.

    “Jadi secara tidak langsung, rombongan merisik dari keluarga saya pada Januari lalu memutuskan untuk menyatukan kami berdua dalam masa terdekat dan tarikh yang paling baik adalah 8 Ogos 2008,” katanya.

    Majlis yang dianggap sederhana namun meriah turut dihadiri ramai kenalan Zain termasuklah anggota kumpulannya, Ruffedge, VE dan ramai lagi. Sementara, isterinya Mira yang juga berkhidmat sebagai pegawai penjadual rangkaian di Astro turut menerima kunjungan keluarga dan handai taulan. http://www.bharian.com.my

    Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

    Nor Azlina mengakhiri zaman bujang 22 Ogos ini

    KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Nor Azlina Redzuan, 37, akan mengakhiri zaman bujangnya dengan Datuk Yusof Annuar Yaacob, 43, dengan majlis akad nikah diadakan di Kangar, Perlis, 22 Ogos ini. Pembaca berita Buletin Utama itu berkata, beliau mengenali Yusof yang juga Ketua Pegawai Kewangan TM International, sejak lapan tahun lalu. Teka teki pasangan hidup Nor Azlina akhirnya terjawab, sekali gus merungkai misteri Datuk 'Y' dalam hidupnya apabila beliau sendiri mengedarkan kad undangan perkahwinan, ditemani rakan baiknya, Azizah Ariffin dan Syaif Nizam, di Balai Berita, hari ini.
    "Perkahwinan ini tidak pernah mengira persoalan umur, kalau sudah jodoh terpanggil, maka tidak kira tua atau muda, kita semua pasti ke arah itu (berkahwin)," katanya. http://www.bharian.com.my
    Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

    Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

    My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?