Isikan Email Anda dibawah Untuk Update Terkini artismalaysiaku.blogspot.com :

11 Julai, 2008

Kes Cerai 2: Isteri baca SMS dihantar GRO kepada Beego

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, diberitahu perhubungan pelakon Beego dengan isterinya, Intan Shahira Mohd Shahru beberapa kali renggang sebelum perkahwinan mereka.

Sepupu Intan, Noor Elmy Mohsin, berkata ini berikutan Intan mendapat tahu Beego (ketika itu kekasih) pernah menjalin hubungan dengan seorang pelayan pelanggan (GRO).

"Kejadian itu berlaku selepas Intan terbaca SMS yang dihantar wanita itu ke telefon bimbit Beego.

"Saya dapat tahu, kerana kami (Noor Elmy dan Intan) rapat dan semua perkara berlaku terhadapnya akan diceritakan kepada saya termasuk hubungannya dengan Beego sejak mereka berkenalan sembilan tahun lalu.

"Saya dapat tahu mengenai perhubungan Beego dan GRO selepas Intan ceritakan kepada saya.

"Saya juga merasakan Beego dan Intan tidak sesuai untuk hidup bersama. Bukan saja sikapnya tidak bertanggungjawab tetapi perangai kebudak-budakan Beego membuatkan mereka berdua sentiasa dilanda masalah.

"Beego juga sering memperbesarkan perkara remeh sehingga menyebabkan pertengkaran," katanya selaku saksi kedua perbicaraan tuntutan fasakh yang difailkan Intan 28 April lalu.

Noor Elmy juga bersetuju dengan cadangan peguam Beego, Md Noor Md Din bahawa tinggal serumah sebelum berkahwin adalah perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Tetapi, ketika disoal semula oleh peguam syarie Intan, Marlina Amir Hamzah mengenai hal sama, beliau menyifatkan perbuatan itu tidak seperti yang difikirkan kerana selain Beego dan Intan, ibu bapa Intan turut tinggal bersama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Marlina dalam kes tuntutan fasakh Intan, 27, terhadap Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28.

Perbicaraan bersambung 14 Julai ini. www.bharian.com.my

Dibawa Khas Oleh:> artismalaysiaku.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nilai Blog artismalaysiaku.blogspot.com

My blog is worth $2,822.70. How much is your blog worth?